Thursday 3 September 2015

Asas Integrasi Dan Perpaduan Nasional





Masalah perpaduan wujud implikasi pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan, kepercayaan atau agama, fahaman politik, masalah ekonomi, dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain.

       Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan, tetapi merujuk proses yang berbeza. Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek fizikal, sosial, ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biologikal. Integrasipula melibatkan semua penyatuan di atas, termasuk aspek biologikal.
       Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan, agama dan ideologi yang berlainan, harus mementingkan kedua-dua konsep ini.
       Perpaduan juga boleh didefinasikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulanyang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam banyak aspek. Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing sebagaimana yang dihuraikan di atas.
       Isu perpaduan dan integrasi bukanlah isu baharu lantaran ciri penduduk di negara ini yang berbilang kaum. Justeru, sebuah kementerian, iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat amat penting bagi merealisasikan pencapaian konsep perpadan dan integrasi. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
       Beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yyasan Kebajikan Negara (YKN).
       Jabatan yang penting unuk merealisasikan perlaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan Perpaduan Negara merupakan sebuah agensi pelaksana yang bertanggungjawab membantu kerajaan memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Piagam ini ialah Komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu, hidup harmoni, bantu-membantu, penuh dengan semangat muibah dan penyayang.
       

Cabaran Pembinaan Negara Bangsa




“Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara (umat), bebas dari pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya.” (Piagam Madinah: Bab 1 (Pembentukan Umat), Fasal 1)

Terdapat lima cabaran utama dalam pembinaan negara bangsa :
 -globalisme
 -kepelbagaian budaya
-pluralisme
-neo-feudalisme
-liberalisme


Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara,terutamanegara yang mempunyai berbilang kaum seperti Malaysia.Hal ini kerana,apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah,pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku.Fenomena ini akan menimbulkan ketidakamanan dan bayak kemusnahan.Pandangan ini terbukti apabila terjadinya peristiwa berdarah di negara ini pada 13Mei 1969.Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang kaum,terutama selepas kedatangan British.Sebagaimana sejarah yang mengatakan bahawa pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar ini menggalakkan kemasukan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu.
Situasi pecah dan perintah turut diaplikasikan oleh British di mana kumpulan etnik-etnik terbesar iaitu kaum Melayu,Cina dan India dipisahkan mengikut tempat tinggal  dan pekerjaan masing-masing.Hasil pengenalan sistem tersebut, kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan sektor pertanian dan sebagai nelayan.Hanya sebahagian kecil tinggal di kawasan bandar kerana terlibat dalam sektor pentadbiran.Bagi kaum Cina pula,kebanyakan mereka tinggal di bandar menjadi peniaga atau pedagang serta terdapat yang tinggal di kawasan perlombongan menjadi pelombong.Kaum India pula ditempatkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah dan kelapa sawit.Cabaran-cabaran yang dihadapi menjadi pemangkin untuk menubuhkan Malaysia yang berkualiti dari setiap segi.





Masalah-masalah Awal Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia






Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada tanggal 13 Mei 1969. Walau peristiwa ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, ia telah mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia. Masalah-masalah yang wujud dapat dikenal pasti melalui ekonomi, sosial dan politik.

Pemisahan Tempat Tinggal atau Petempatan
Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakn semasa pendudukan British. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak petempatan sebegini telah kelihatan.
             Perkampungan Melayu terletak di pinggir pekan manakala kedai-kedai Cina di bandar dan buruh-buruh India di ladang getah. Di Sabah dan Sarawak pula,terdapat perkampungan rumah panjang kaum Iban dan kaum Kadazan,          
             Mereka terpisah dan berbeza dari segi agama, pendidikan, akhbar , persatuan dan pengaruh politik. Selain fungsi ekonomi masing-masing, beberapa situasi boleh digariskan sebagai faktor pemisah tempat tinggal iaitu dari segi psikologi, mereka berasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan kenalan, rakan-rakan dan saudara mara terutama bagi mendapatkan bantuan semasa kesusahan. Di samping itu, kurang memahami budaya, agama , adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompk kaum lain kerana takut tercetusnya peselisihan. Akhir sekali, akibat dari dasar "pecah dan perintah" yang dilaksanakan oleh pihak British untuk kemudahan mereka. Pihak British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarkat berbilang kaum di negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka.

Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi         
                 Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum. Akibat tumpuan tertentu, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan. Orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan manakala Orang India dikekalkan di estet-estet. Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

Pengasingan Sistem Pendidikan
            Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum yang berdasarkan tempat tinggal masing- masing. Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan iaitu sekolah vernakular Melayu atau beraliran Inggeris. Namun sekolah beraliran Inggeris hanyalah untuk anak golongan bangsawan,
              Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, pelajar lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet. orang Cina juga mempunyai sistem pendidika mereka tersendiri. Sudah diketahui , orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
              Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum. Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.

Fahaman dan Pengaruh Politik yang Berbeza
Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik Tanah Melayu. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing.
                   Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka. Selain itu, orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Contohnya seperti, Persatuan India Pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan keadaan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu pula, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
                      Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. PERIKATAN hanya berjaya memenangi 67 daripada 104 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan.               

Masalah Ekonomi
              Dalam bidang ekonomi, jelas Orang Melayu dan penduduk asli yang lain mengusai bidang yang mundur seperti kerja yang memerlukan banyak tenaga kerja manusia dan berteknologi rendah. Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan moden.
               Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.    

Perbezaan Kepercayaan dan Agama

               Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

               Setiap kaum di Malaysia menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha serta kaum minoriti yang lain.
                Selain masyarakat di Semenanjung , ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan , pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza.

Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza
                     Setiap akhbar mengikut bahasa masin-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja.

Pemerintahan Jepun
            Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga thun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
            Apabila Jepun menyerah kalah, pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malayan Anti- Jepun( MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduahan sengit yang berlaku antara orang Cina dan orang Melayu telah melibatkan banyak kematian.


                          
           
Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

Rusuhan Kaum 13 Mei 1969




Isu perkauman dalam pilihan raya
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
  
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah menteri besar Selangor
 UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

 


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. 

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.
Ramai orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.


Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.