Asas Integrasi Dan Perpaduan Nasional
Masalah perpaduan wujud implikasi pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan, kepercayaan atau agama, fahaman politik, masalah ekonomi, dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain.
Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan, tetapi
merujuk proses yang berbeza. Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua
aspek fizikal, sosial, ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biologikal.
Integrasipula melibatkan semua penyatuan di atas, termasuk aspek biologikal.
Malaysia sebagai sebuah negara yang
didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan, agama dan
ideologi yang berlainan, harus mementingkan kedua-dua konsep ini.
Perpaduan juga boleh didefinasikan
sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulanyang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam banyak aspek. Setiap
kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan
masing-masing sebagaimana yang dihuraikan di atas.
Isu perpaduan dan integrasi bukanlah
isu baharu lantaran ciri penduduk di negara ini yang berbilang kaum. Justeru,
sebuah kementerian, iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat amat penting bagi merealisasikan pencapaian konsep perpadan dan
integrasi. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan
pada 27 Oktober 1990.
Beberapa buah jabatan dibawahnya
ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), Jabatan
Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Hal Ehwal
Wanita dan Yyasan Kebajikan Negara (YKN).
Jabatan yang penting unuk
merealisasikan perlaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan
Perpaduan Negara merupakan sebuah agensi pelaksana yang bertanggungjawab
membantu kerajaan memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Piagam ini ialah Komited
untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang
bersatu-padu, hidup harmoni, bantu-membantu, penuh dengan semangat muibah dan
penyayang.
No comments:
Post a Comment