Wednesday 2 September 2015

Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa

Antara pendekatan yang diambil untuk menangani cabaran pembinaan negara bangsa ialah dengan memberi galakan kepada penduduk untuk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain. Contohnya dengan menempatkan penduduk berbilang kaum di satu-satu kawasan bagi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap. Kaedah yang boleh diambil supaya rakyat negara ini berpindah randah dari petempatan tradisi ialah seperti penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan perkhidmatan mereka. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.
                 Selain itu, pendekatan untuk menangani cabaran ialah dengan menyeragamkan sistem pendidikan (melalui dasar-dasar pelajaran). Contohnya semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar. Dasar ini penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan dapat dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang lebih seragam. Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat.
                  Di samping itu, media massa juga memainkan peranan yang amat penting. Saluran media massa pada waktu itu seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan unuk pembinaan bangsa. Media massa ini dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Ia juga penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing terutama dari China dan India. Oleh itu, untuk memupuk semangat cinta akan tanah air, media massa berperanan mengajak kaum pendatang untuk mengalihkan tumpuan kepada Tanah Melayu.
                  Seterusnya, integrasi ekonomi . Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain. Dasar- dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud dapat dimansuhkan.
                  Meninjau dari skop yang lebih meluas, penyatuan fahaman politik juga menjadi salah satu pendekatan menangani cabaran pembinaan negara bangsa. Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum. Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. Oleh itu muncullah Parti PERIKATAN hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC.
                  Akhir sekali, pendekatan menangani cabaran pembinaan negara bangsa ialah aspek-aspek sosial yang lain. Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Secara keseluhuran, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.




KESIMPULAN / PENGAJARAN


        Kesimpulannya, semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Sudah terang lagi bersuluh, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup di bawah satu bumbung.Oleh itu, setiap kaum perlu mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Dalam mejana keutuhan negara yang mapan, setiap kaum haruslah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara . Sudah diketahui perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, semua rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional amat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global dan dikenali di mata dunia.

RUJUKAN


  • https://youtu.be/nIrjxEKwiHY
  • Buku Pengajian Malaysia edisi kelima oleh Mardiana Nordin
  • www.slideshare.net/.../perpaduan-dan-integrasi-nasion...
  • http://natranadea.blogspot.my/2010/08/perpaduan-dan-integrasi-nasional.html
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

No comments:

Post a Comment