Thursday 3 September 2015

Masalah-masalah Awal Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia






Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada tanggal 13 Mei 1969. Walau peristiwa ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, ia telah mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia. Masalah-masalah yang wujud dapat dikenal pasti melalui ekonomi, sosial dan politik.

Pemisahan Tempat Tinggal atau Petempatan
Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakn semasa pendudukan British. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak petempatan sebegini telah kelihatan.
             Perkampungan Melayu terletak di pinggir pekan manakala kedai-kedai Cina di bandar dan buruh-buruh India di ladang getah. Di Sabah dan Sarawak pula,terdapat perkampungan rumah panjang kaum Iban dan kaum Kadazan,          
             Mereka terpisah dan berbeza dari segi agama, pendidikan, akhbar , persatuan dan pengaruh politik. Selain fungsi ekonomi masing-masing, beberapa situasi boleh digariskan sebagai faktor pemisah tempat tinggal iaitu dari segi psikologi, mereka berasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan kenalan, rakan-rakan dan saudara mara terutama bagi mendapatkan bantuan semasa kesusahan. Di samping itu, kurang memahami budaya, agama , adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompk kaum lain kerana takut tercetusnya peselisihan. Akhir sekali, akibat dari dasar "pecah dan perintah" yang dilaksanakan oleh pihak British untuk kemudahan mereka. Pihak British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarkat berbilang kaum di negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka.

Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi         
                 Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum. Akibat tumpuan tertentu, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan. Orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan manakala Orang India dikekalkan di estet-estet. Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

Pengasingan Sistem Pendidikan
            Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum yang berdasarkan tempat tinggal masing- masing. Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan iaitu sekolah vernakular Melayu atau beraliran Inggeris. Namun sekolah beraliran Inggeris hanyalah untuk anak golongan bangsawan,
              Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, pelajar lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet. orang Cina juga mempunyai sistem pendidika mereka tersendiri. Sudah diketahui , orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
              Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum. Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.

Fahaman dan Pengaruh Politik yang Berbeza
Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik Tanah Melayu. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing.
                   Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka. Selain itu, orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Contohnya seperti, Persatuan India Pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan keadaan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu pula, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
                      Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. PERIKATAN hanya berjaya memenangi 67 daripada 104 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan.               

Masalah Ekonomi
              Dalam bidang ekonomi, jelas Orang Melayu dan penduduk asli yang lain mengusai bidang yang mundur seperti kerja yang memerlukan banyak tenaga kerja manusia dan berteknologi rendah. Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan moden.
               Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.    

Perbezaan Kepercayaan dan Agama

               Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

               Setiap kaum di Malaysia menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha serta kaum minoriti yang lain.
                Selain masyarakat di Semenanjung , ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan , pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza.

Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza
                     Setiap akhbar mengikut bahasa masin-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja.

Pemerintahan Jepun
            Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga thun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
            Apabila Jepun menyerah kalah, pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malayan Anti- Jepun( MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduahan sengit yang berlaku antara orang Cina dan orang Melayu telah melibatkan banyak kematian.


                          
           
Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

No comments:

Post a Comment